Tampilkan postingan dengan label Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Malaysia. Tampilkan semua postingan

Dua Kapal Perang TLDM Sandar Di Tanjung Priok

Senin, 19 November 2012
JAKARTA-(IDB) : Dua kapal perang milik Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) yakni KD Mahawangsa-1504 dan KD Selangor-176 merapat di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara, Senin (19/11). Kedatangan dua kapal tersebut, dalam rangka mengikuti latihan bersama antara Malaysia dan Indonesia dengan melibatkan angkatan laut masing-masing negara dengan sandi Latihan Bersama (Latma) Malindo Jaya 22AB/12.
Kapal perang jenis pendukung dan patroli lepas pantai milik TLDM tersebut nantinya akan bergabung dengan kapal perang milik TNI AL di bawah jajaran Komando Armada RI Kawasan Barat (Koarmabar) yakni KRI Lemadang-632 dan KRI Clurit-641.

Menurut informasi yang diperoleh dari situs resmi Koarmabar, kapal-kapal perang kedua negara tersebut akan mengadakan latihan bersama selama empat hari di Perairan Teluk Jakarta dan Laut Jawa, dalam rangka meningkatkan profesionalisme masing-masing angkatan laut dalam penanganan tindak pidana yang terjadi di laut masing-masing negara di Selat Malaka.


Kedatangan kedua kapal perang TLDM tersebut disambut Komandan Satuan Kapal Cepat (Dansatkat) Koarmabar Kolonel Laut (P) David Santoso selaku Komandan Satuan Tugas (Dansatgas) Latihan bersama Malindo Jaya 22AB/12.





Sumber : Itoday

ATM Dan Tentara Darat Singapura Latihan Perang Bersama

Minggu, 18 November 2012
JOHOR-(IDB) : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Singapura hari ini menyertai program Latihan Semangat Bersatu Siri 18/2012 bertujuan meningkatkan taktikal ketenteraan di peringkat batalion.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, penganjuran program edisi ke-18 itu merupakan latihan bilateral yang dilaksanakan setiap tahun.

Beliau berkata, latihan bersama itu bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam kalangan pegawai dan anggota terlibat.

"Program itu yang bermula hari ini hingga 22 November ini akan melibatkan tiga lokasi utama iaitu di Kem Majidee Johor Bahru, kawasan am di Negeri Sembilan dan Pahang.

"Dalam masa sama, formasi tiga divisyen dibentuk ATM untuk mengendali dan melaksanakan latihan berkenaan melibatkan penyertaan seramai 923 pegawai dan anggota manakala Tentera Darat Singapura disertai 144 pegawai dan anggota," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut di Kem Majidee, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Staf Am Tentera Darat Singapura, Brigedier Jeneral Tung Yui Fai.

Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah memberitahu, program tersebut juga berperanan meningkatkan pengetahuan dan kerjasama ketika melaksanakan sesuatu operasi serta melatih pemerintah dan staf mengukuhkan kefahaman lebih jitu.

"Selain itu, latihan ini juga menguji kemampuan dan kesiapsiagaan pasukan kedua-dua negara bagi menghadapi ancaman di medan perang dan menilai kemahiran pegawai serta anggota terlibat dalam melaksanakan operasi ketenteraan mengikut teknik, taktik dan prosedur yang ditetapkan," katanya.
 
 
 
 
 
 
Sumber : Utusan

Sidang ke-10 HLC Malindo Secara Resmi Dibuka Oleh Panglima TNI

Rabu, 31 Oktober 2012
JAKARTA-(IDB) : Panglima TNI Laksamana TNI Agus Suhartono, S.E. didampingi Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Berbahagia Jenderal Tan Sri Dato Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin selaku Ketua Bersama membuka Sidang ke-10 High Level Committe (HLC) Malaysia-Indonesia (Malindo), di Hotel Shangri-La Jakarta, Rabu (31/10/2012).

Forum ini merupakan pertemuan tahunan yang dinamis dan produktif, serta senantiasa menyesuaikan terhadap berbagai perkembangan dan perubahan situasi yang terjadi. Sidang ke-10 HLC Malindo yang dilaksanakan hari ini, mengandung nilai yang sangat penting dan strategis bagi kedua negara, karena hasil-hasil kesepakatan di dalam sidang ini, akan menjadi masukan dan dilaporkan pada forum kerjasama Malindo yang lebih tinggi, yaitu sidang ke-39 General Border Committee (GBC) Malindo yang dipimpin oleh Menteri Pertahanan kedua negara yang juga akan bersidang pada akhir tahun ini.

Panglima TNI dalam sambutannya menyampaikan bahwa secara geografis, Indonesia dan Malaysia telah ditakdirkan sebagai dua negara yang diberkahi garis perbatasan baik daratan maupun perairan. Oleh karena itu,interaksi antar kedua bangsa yang telah lama terjalin, baik secara budaya maupun tradisi, diharapkan mampu mengantisipasi perkembangan lingkungan, khususnya di kawasan Asia-Tenggara.

Lebih lanjut dikatakan oleh Laksamana TNI Agus Suhartono, Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun yang berbagi garis perbatasan (sempadan) baik di daratan maupun di perairan.  Tidak ada hal lain yang lebih bermartabat dan bermanfaat bagi kedua negara, kecuali melaksanakan kerjasama yang saling menguntungkan bagi kedua pihak. Seiring dengan derap kehidupan sebagai negara bertetangga dan berbagi garis perbatasan, kemungkinan akan terjadi pasang-surut dinamika kehidupan di dalamnya, dan kadang-kadang terdapat pula kesalah-pahaman yang harus diselesaikan secara bijak. Untuk itulah, diperlukan jiwa yang besar dan pandangan yang luas dari kedua pihak dalam menangani setiap permasalahan yang mungkin timbul.

Melalui berbagai aktivitas kerjasama di bawah HLC Malindo saat ini, mulai dari bidang Operasi Patroli Terkoordinasi, Latihan Bersama, Kerjasama Kepolisian kedua negara, dan kelompok kerja sosial-ekonomi, diharapkan  dapat menyelesaikan segala permasalahan yang mungkin timbul, sehingga pada akhirnya, setiap penyelesaian akan memberikan manfaat bagi kepentingan kedua negara. Melalui forum HLC ini, juga diharapkan dapat mendorong otoritas yang berwenang di masing-masing negara untuk segera menuntaskan persoalan mendasar, yaitu penuntasan batas wilayah negara.




Sumber : Okezone

Tidak Mau Kalah Dengan Indonesia, Malaysia Test Rudal Strategisnya

Rabu, 24 Oktober 2012




KUALA LUMPUR-(IDB) : TLDM sekali lagi membuktikan tahap kesiagaannya di tahap tertinggi dengan kejayaan penembakan peluru berpandu atau misil dari permukaan ke sasaran udara (surface to air) di Perairan Selat Melaka pada 23 Oktober 2012.  Penembakan kontraktual misil jenis Vertical Launch Seawolf  (VLSW) ini telah dilancarkan dari platform kapal Kelas Frigat, Kapal Diraja (KD) LEKIU ke sasaran udara TGX-2 yang ditunda oleh pesawat Learjet 35A.  



 
Penembakan misil Seawolf telah dilancarkan sewaktu siri latihan bulanan Armada TLDM iaitu siri Perang Pangkor 9/2012 yang dilaksanakan sekitar Perairan Selat Melaka Utara. Dalam penembakan pagi semalam, Seawolf  dari KD LEKIU : telah berjaya mengenai dan memusnahkan sasaran pada jarak, ketinggian dan kelajuan sepertimana yang telah diprogramkan. Seawolf mempunyai panjang 2.995 meter dengan berat 136.5 kilogram boleh meluncur pada kelajuan sehingga 333 meter sesaat serta boleh beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca. Ia berupaya memusnahkan sasaran udara seperti jet pejuang dan peluru berpandu.

kapal penembakan misil SEAWOLF –KD LEKIU

Kejayaan penembakan ini nyata telah sekali lagi membuktikan keupayaan aset dan sistem persenjataan TLDM berada ditahap yang amat meyakinkan. Ia juga sekaligus menzahirkan kepada dunia bahawa keupayaan perang TLDM dan kompetensi perancang latihan, pengendali, pengurusan, penyelenggaraan dan pengoperasian aset Armada TLDM, berada ditahap kesiagaan yang tinggi dan terlatih. Untuk rekod, pada tahun ini, TLDM pada 20 September 2012, telah berjaya melancarkan misil jenis Exocet MM40 dari KD LEKIU dan misil jenis Sea Skua dari helikopter TLDM jenis Super Lynx dalam Penembakan Bersepadu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama TUDM dan TDM dalam Eksesais ANGSA 7/2012.


 

Dalam menentukan kejayaan operasi penembakan kali ini, pelbagai aset dan unit TLDM telah terlibat dengan pelbagai tugas yang telah ditetapkan.  Antara tugas yang dilaksanakan ialah perancangan latihan, tinjauan dan pembersihan kawasan, penyediaan misil dan rakaman serta analisis. Aset dan unit TLDM yang terlibat antaranya ialah Markas Armada, Depot Peluru dan Letupan, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, KD SELANGOR, Combat Boat (CB) 90, pesawat Super Lynx, pesawat Fennec dan Tim Rakaman dan Analisis dari Weapon Trial and Assesment Team (WTAT) dari Markas Sistem Armada serta Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan. Kejayaan penembakan misil Seawolf dari KD LEKIU sekali lagi telah melakarkan nama ATM dan TLDM khasnya sebagai pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini. 





Sumber : MalaysiaNavy
 

Gossip Selebrities Copyright © 2011-2012 Supported by: cara membuat blog | Powered by Blogger